Berita Terkini| Pemandu bas didakwa cabul budak perempuan usia 10 tahun! Mengaku tak bersalah!

Published by
KitaReporters

Pemandu bas sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 30 Julai 2021 atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap budak perempuan berusia 10 tahun. - Kredit foto: internet


SEORANG pemandu bas sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 30 Julai 2021 atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap budak perempuan berusia 10 tahun dalam kejadian dua tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, 30 Julai 2021, tertuduh, K Ravichandran, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan budak perempuan berkenaan sewaktu dalam perjalanan dari sekolah ke rumah mangsa antara jam 1 hingga 1.25 petang pada 6 Ogos 2019.

Ravichandran didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Selain itu juga, akan diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tiga tahun seperti mana di bawah Seksyen 295(1A) Kanun Prosedur Jenayah, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Wafiyy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Datin Shamini Karunananthan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes. - KitaReporters


0
0
0
0
2

Copy Link: