SEORANG anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didakwa di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu atas pertuduhan membunuh rakan baiknya, Fong Swee Fuan pada 23 Julai 2021 lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Ong Chow Lee, 57, sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Memetik laporan Utusan Malaysia, perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bangsal bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang.

Terdahulu tertuduh dikatakan bertengkar dan saling mencabar sebelum lelaki berusia 57 tahun itu itu pulang mengambil selaras senapang patah milik Rela di rumahnya sebelum menembak mangsa.

Dia kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum berjaya ditahan oleh polis di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober 2021 untuk lantikan peguam. - KitaReporters


GAMBAR hiasan... tertuduh dikatakan bertengkar dan saling cabar-mencabar sebelum lelaki berusia 57 tahun itu itu pulang mengambil selaras senapang patah milik Rela di rumahnya sebelum menembak mangsa.

4
2
2
3
2

Copy Link: