Berita Terkini| Anggota polis minta duit daripada pemilik pikap? Polis buka kertas siasatan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... IPD Klang Utara buka kertas siasatan tatatertib berhubung tindakan anggota polis didakwa minta wang sogokan. - Kredit foto: usahawan.com


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara membuka satu kertas siasatan tatatertib susulan tular rakaman video memaparkan anggotanya didakwa meminta wang sogokan daripada seorang pemilik pikap.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 11.41 pagi pada 1 Julai 2021 lalu di laluan Pelabuhan Klang menghala ke Bandar Sultan Suleiman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata kertas siasatan berkenaan dibuka selepas pihaknnya mengesan ciapan semula rakaman video berkenaan oleh seorang pengguna Twitter.

“Polis sudah pun kenal pasti anggota terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadapnya.

“Pemilik akaun Twitter tersebut atau mana-mana individu yang punyai maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan diharapkan tampil hubungi IPD Klang Utara bagi bantu siasatan,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 4 Julai 2021.

Untuk info, tular dalam media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan dan kedengaran seakan mereka meminta wang daripada individu tersebut. - KitaReporters


0
0
0
1
0

Copy Link: