Berita Terkini| 83.1% populasi dewasa sudah lengkap divaksin! 93.7% pula terima 1 dos - JKJAV

Published by
KitaReporters


SEJUMLAH 259,141 dos vaksin COVID-19 diberikan pada Sabtu, 25 September 2021, membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkembangan itu menjadikan hingga 25 September 2021 itu sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan dan daripada jumlah itu 19,454,273 individu atau 83.1 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos lengkap.

Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai pemberian dos yang diberikan pada semalam (25 September 2021) itu, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos, Pahang (18,134), disusuli Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).

Selain itu Kedah dengan 7,713 dos, Terengganu (5,331), Perlis (1,167), Sarawak (556), Negeri Sembilan (553) dan Labuan (40).

Hanya Putrajaya tidak merekodkan penerimaan vaksin semalam (25 September 2021). - KitaReporters



16
8
0
17
0

Copy Link: