Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan dua individu yang dipercayai berebut durian dan didakwa terjadi di Rembau


TULAR dalam aplikasi WhatsApp video pergaduhan dua individu yang dipercayai berebut durian dan didakwa berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, Rembau, Negeri Sembilan pada 6 Ogos 2021.

Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang memaklumkan kes baharu berlaku dan salah seorang pecah kepala akibat ditetak dengan kapak kerana merebutkan durian.

Namun Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata pihaknya menafikan video tular yang mendakwa pergaduhan tersebut berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, Rembau.

“Pergaduhan dalam video tersebut dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah Rembau seperti mana yang tular hingga menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat,” katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian pada 7 Ogos 2021.

Tambah beliau, orang ramai diingatkan tidak menyebarkan berita tidak sahih kerana tindakan itu boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat selain tindakan sedemikian adalah satu kesalahan mengikut undang-undang. KitaReporters

 

0
4
0
1
4

Copy Link: