Gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu Covid-19 tular dalam media sosial, namun ia disahkan palsu


JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan seekor beruk di Gua Musang positif Covid-19 sebagaimana cerita tular dalam media sosial sejak 2 Ogos 2021 lalu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata cerita tersebut palsu memandangkan pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang ujian saringan Covid-19 ke atas mana-mana jenis haiwan termasuklah beruk.

“Pihak kami tidak buat  ‘swab test’ (ujian calitan) pada haiwan dan menafikan cerita yang tular. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan perkara tersebut.

“Masyarakat juga diharapkan tidak mempermainkan perkara seumpama ini atau menjadikan ia sebagai jenaka kerana boleh mencetuskan kebimbangan serta kemudaratan kepada orang ramai,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 4 Ogos 2021.

Untuk info, tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak 2 Ogos 2021 berkaitan seekor beruk yang didakwa tidak sihat, tidak bermaya dan alami selesema selain turut dipakaikan gelang berwarna merah jambu.

Bagaimanapun, melalui mesej suara berkenaan susulan simptom dialami beruk tersebut

didakwa dibawa untuk menjalani ujian saringan dan didapati positif Covid-19. - KitaReporters


0
1
0
1
0

Copy Link: