Berita Terkini | Boleh 'walk-in' ke PPV di Melaka mulai 26 Julai! Hanya untuk warga emas, OKU!
Published byGambar hiasan... Warga emas dan OKU di Melaka dibenarkan 'walk-in' ke PPV awam bagi dapatkan suntikan vaksin Covid-19
WARGA emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Melaka yang belum terima janji temu kini dibolehkan 'walk-in' atau jumpa terus ke semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di negeri ini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mulai 26 Julai 2021.
Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata bagaimanapun ia hanya terhad kepada 50 individu terawal sahaja di setiap PPV memandangkan bekalan vaksin terhad.
"Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Melaka membenarkan suntikan secara 'walk-in' bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di semua PPV awam tanpa perlu janji temu terlebih dahulu.
"Bagi warga emas dan OKU yang telah pun mempunyai tarikh janji temu serta lokasi PPV, diharapkan hadir ke PPV pada masa ditetapkan. Mereka tidak dibenarkan 'walk-in' ke PPV lain," katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 26 Julai 2021.
Tambah beliau, warga emas, OKU atau waris peneman perlu membawa kad pengenalan penerima vaksin, telefon pintar yang berdaftar dengan MySejahtera serta dokumen berkaitan seperti penyakit kronik (sekiranya ada) ke PPV.
Katanya lagi, menerusi inisiatif 'walk-in' untuk warga emas dan OKU itu diharapkan Melaka akan segera dapat capai kadar vaksinasi 100 peratus buat golongan berkenaan. - KitaReporters