DITUTUP sehari susulan mengesan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas. Kredit Foto: Bernama


PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam ditutup hari ini, Selasa 13 Julai 2021 susulan pengesanab kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas-petugas.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)  memaklumkan PPV IDCC ditutup bagi  membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, lakukan ujian saringan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Selasa, 13 Julai 2021.

Badan itu berkata, janji temu yang ditetapkan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada tarikh akan datang.

"Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-88934303," katanya. - KitaReporters


 

 

1
0
0
0
0

Copy Link: