Berita Terkini| Mahasiswa didenda RM2k! Mengaku bersalah buat laporan palsu! Mengaku diragut!
Published byGARA-GARA membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa ragut seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.
Majistret Nik Fadli
Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nurfarahiyah Yusri, 20, dan
memerintahkan menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal
membayar denda.
Berdasarkan kertas
pertuduhan, wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa memberikan
maklumat palsu kepada pegawai polis, Mohd Sheqal Roslan di Jalan 10, Taman Greenwood,
Batu Caves, Gombak kira-kira 4.24 petang, 14 Ogos 2021 lalu.
Pendakwaan terhadapnya
dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, OKS dalam
rayuannya menerusi peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz
Fahmy Abdul Razak memohon dikenakan hukuman dengan alasan sudah menyesal.
"OKS melakukan
perkara itu kerana mengalami tekanan emosi, " katanya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian pada Rabu, 18 Ogos 2021.
Timbalan Pendakwa
Raya, Khairunnisak Hassni membantah rayuan itu dan memohon hukuman setimpal
dengan mengambil kira kesusahan pihak polis dalam melakukan siasatan terhadap
laporan dibuat sendiri oleh OKS.
Mengikut fakta kes,
pada hari kejadian, pengadu menerima laporan daripada OKS mengatakan menjadi mangsa
ragut dan ditikam di paha.
Bagaimanapun hasil
siasatan mendapati wujud kecurigaan terhadap laporan polis itu kerana OKS gagal
memberikan gambaran jelas mengenai kejadian selain kedudukan pisau berada dalam
keadaan tegak seolah-olah mangsa menusuk dirinya sendiri. - KitaReporters