Berita Terkini| Kelantan suntik vaksin Covid-19 pelajar 17-18 tahun! Mulai pertengahan Sept!
Published byKERAJAAN negeri Kelantan akan melaksanakan pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah menengah yang berusia 17 dan 18 tahun bermula pada pertengahan September 2021 ini.
Exco Kerajaan
Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, pelaksanaan
itu sebagai persediaan bagi membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan
tidak lama lagi.
“Jabatan
Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memutuskan untuk memberi vaksin Covid-19
kepada pelajar bermula dengan mereka yang berusia 17 dan 18 tahun.
“Pelaksanaannya
akan dimulakan pada pertengahan September ini,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Selasa, 24 ogos 2021.
Beliau
berkata, Kelantan memohon tambahan vaksin sebanyak 200,000 dos daripada
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mencapai imuniti kelompok
selewat-lewatnya pertengahan Oktober ini.
“Pada
September, kerajaan negeri dijangka mendapat sebanyak 700,000 dos vaksin
Covid-19 dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan
tambah vaksin untuk Kelantan bagi memastikan negeri ini mencapai imuniti
kelompok. - KitaReporters