GAMBAR hiasan... Kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan.


SEKTOR pemajuan perumahan kini dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 23 Julai 2021.

Kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL) mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

“Pada Fasa 1, aktiviti yang dibenarkan beroperasi adalah pejabat pengurusan pemaju perumahan, urusan serahan notis milikan kosong (vacant possession) dan kunci rumah, kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalam tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) dan kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi kontraktor G1 hingga G4.

“Sementara itu, di bawah Fasa 2, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, unit pameran dan unit hartanah 'subsale',” katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Selasa, 27 Julai 2021.

Pada masa sama, KPKT juga memaklumkan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Perumahan Negara menerusi talian 03-8891 4493/4494. - KitaReporters


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 23 Julai 2021. - Kredit Foto:mymntnews.com

0
0
0
1
0

Copy Link: