Berita Terkini| Guru agama didakwa cederakan pelajar OKU! Guna penyapu! Mengaku tak bersalah!
Published byTertuduh, Mohamad Haslam Abdul Salam dibawa keluar oleh polis selepas dituduh memukul pelajarnya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. - Kredit foto: Utusan Malaysia.
SEORANG guru agama di sebuah madrasah di Telok Mas, Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 27 Ogos 2021 atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap pelajarnya.
Mohamad
Haslam Abdul Salam, 32, yang didakwa melakukan perbuatan tersebut jam 7 pagi pada
22 Ogos 2021 lalu membuat pengakuan
tersebut di hadapan Hakim, Nariman Badruddin.
Memetik
laporan Bernama 27 Ogos 2021, guru agama
itu didakwa cederakan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Sawfi Razali, 21, pada bahagian belakang badan serta kedua-dua tangan dan kaki menggunakan
sebatang penyapu di Jalan GB 5, Taman Gadong Bahagia, Melaka.
Tertuduh
didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 20 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada
seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, N Sivasangari mencadangkan jaminan RM8,000 namun peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili tertuduh, merayu jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan anak guamnya punyai tiga orang anak perlu ditanggung.
Tertuduh dibenarkan
adiikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak
boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Mahkamah
menetapkan 27 September 2021 ini bagi sebutan semula kes. - KitaReporters