Berita Terkini| Ketua Polis Daerah SPU buat laporan polis! Video disunting cemar imej PDRM!
Published byTangkap layar rakaman
sidang media oleh Noorzainy pada 2 Jun
2021 yang disunting dan dialih suara dalam satu video tular ‘bila kerajaan
negeri gagal, kerajaan pusat dipersalahkan’
Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas pada 7 Julai 2021 berhubung
video suntingan tular yang mencemarkan imej jabatan itu.
Menerusi video berdurasi dua minit 12 saat yang disunting
serta dikaitkan dengan isu politik serta kegagalan kerajaan menguruskan Covid-19 itu, dipaparkan rakaman sidang media dibuat oleh Noorzainy Mohd Noor berkaitan pematuhan
prosedur operasi standard di Sungai Dua.
Menurut
Noorzainy, video tular tersebut dilihat cuba mengelirukan orang ramai serta cetuskan
persepsi buruk terhadap pihak polis termasuk dirinya sendiri.
“Saya
menafikan sebarang penglibatan dalam video
tersebut. Rakaman sidang media dipaparkan telah disunting pihak tidak bertanggungjawab dipercayai bagi
tujuan peribadi.
“Video berkenaan
sebenarnya ketika sidang akhbar pada 2 Jun 2021. Audio sebenar video terbabit
telah ditukar,” katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 8 Julai 2021. - KitaReporters