Polis dan penguat kuasa melakukan sekatan di jalan masuk ke kebun durian di dalam Hutan Simpan Batu Talam di Raub, Pahang.


EMPAT individu termasuk 2 pekerja warga asing ditahan pihak berkuasa dalam operasi memusnahkan kebun durian Musang King haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub pada Sabtu, 3 Julai 2021.

Operasi bermula pada pukul 9.30 pagi itu melibatkan kawasan kebun durian seluas 101 hektar yang dipercayai diusahakan secara haram sejak 10 tahun lalu di atas tanah kerajaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, 4 individu berkenaan ditahan kerana menceroboh hutan simpan di bawah Akta Perhutanan 1984 dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

Katanya, turut disita dalam operasi yang akan diteruskan sehingga 2 Ogos 2021 di kawasan hutan simpan itu adalah sebuah motosikal, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah Land Rover.

“Penugasan operasi tertumpu kepada rondaan dan tangkapan bagi individu-individu yang memasuki hutan simpan tanpa kebenaran.

“Anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melaksanakan tugasan rondaan dan tangkapan manakala anggota selebihnya menjalankan kerja penandaan zon kawasan tebangan sudah bermula,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo pada Isnin, 5 Julai 2021.

Operasi Bersepadu Memusnahkan Kebun Haram Hutan Simpan Kekal Batu Talam itu disertai 23 anggota polis, Seksyen Penguat Kuasa JPNP, Pejabat Hutan Daerah Raub dan Unit Penguat Kuasa Negeri. - KitaReporters 


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui (baju putih) mendakwa pekebun ada kebenaran mahkamah untuk masuk ke kebun. - Kredit foto: ismaweb.net

1
1
0
2
0

Copy Link: