Berita Terkini| Kenderaan awam diberi lanjutan usia automatik setahun! Perlu lulus Puspakom!
Published byGambar hiasan... Perlanjutan usia selama setahun secara automatik oleh Kementerian Pengangkutan bagi membantu pemain industri pengangkutan awam. - Kredit foto: Malaysiamarketing.my
KENDERAAN perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksimum penggunaan seperti ditetapkan dalam syarat lesen atau permit akan diberikan perlanjutan usia selama setahun secara automatik.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu bagi membantu pemain industri pengangkutan awam yang terjejas serta harungi waktu sukar akibat pandemik Covid-19.
“Mana-mana
kenderaan perkhidmatan awam yang telah capai had usia maksimum penggunaan
kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan
diberi perlanjutan secara automatik untuk satu tahun lagi.
“Lanjutan ini
termasuklah kenderaan yang telah pun mendapat lanjutan dalam tahun 2020 sebelum
ini,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada Isnin, 12 Julai 2021.
Tambah
beliau, perlanjutan itu tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan kenderaan di
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pastikan tahap
keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan.
Katanya lagi,
perlanjutan itu akan membabitkan semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah
skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak. - KitaReporters