Gambar hiasan... Wanita dan anak perempuan yang ditemukan meninggal dunia di Taman Tenaga, Salak Selatan, Kuala Lumpur memakai gelang merah jambu tanda kuarantin Covid-19.


Seorang wanita warga India bersama anak perempuannya ditemukan meninggal dunia di Taman Tenaga, Salak Selatan, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2021.

Memetik laporan Harian Metro bertarikh 18 Julai 2021, kedua-dua mangsa yang berusia 38 tahun dan 5 tahun memakai  gelang merah jambu tanda kuarantin Covid-19.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superitendan Annas Sulaiman, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.59 petang dan siasatan di lokasi mendapati mangsa dan anaknya, dipercayai terjun dari bangunan.

"Pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia. Pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati terdapat kecederaan di kepala.

"Siasatan awal juga tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah, bagaimanapun siasatan masih dijalankan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Tambah Annas, suami kepada wanita tersebut sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang kerana positif wabak tersebut. - KitaReporters


0
0
2
0
1

Copy Link: