Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah (tiga dari kiri) tunjuk dadah jenis heroin seberat 23.5kg yang dianggar bernilai RM265,000 yang ditemukan di dalam lori membawa kelapa. Kredit Foto: Sinar Harian


TAKTIK tiga lelaki mengedar dadah dengan menggunakan lori membawa kelapa bagi mengaburi pihak berkuasa berjaya ditumpaskan apabila mereka ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di Georgetown pada Ahad, 18 Julai 2021.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ketika melalui SJR, pasukan polis menemukan 53 bungkusan heroin seberat 23.85 kilogram yang dianggarkan bernilai RM265,000.

“Kesemua dadah tersebut tidak disorokkan malah diletakkan dalam kotak di ruang kabin lori berkenaan dan dipercayai untuk pasaran Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 19 Julai 2021.

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki berusia antara 26 hingga 32 tahun itu menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak dan mengambil kesempatan membawa dadah dalam kepada ahli sindiket di Perai.

"Susulan penahanan tiga suspek itu, kami menahan seorang lagi pemandu lori berusia 35 tahun di Rungkup, Perak dan sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak April (2021) lalu.

"Mereka akan menghantar bekalan kelapa berserta dadah sebanyak empat hingga lima kali dalam sebulan dari Perak ke Pulau Pinang dengan bayaran RM1,000 setiap kali penghantaran," katanya. - KitaReporters


PEGAWAI Penyiasat menunjukkan tempat dadah disembunyi dalam lori muatan kelapa. - Kredit foto: Malaysia Gazette

3
2
0
0
0

Copy Link: