Berita Terkini| Arahan guna ubat Baricitinib! Rawat Covid-19! Cegah peningkatan risiko pesakit!

Published by
KitaReporters

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan ubat Baricitinib bagi mengelakkan peningkatan atau peralihan pesakit Covid-19 ke kategori yang lebih meruncing. - Kredit foto: Facebook Noor Hisham Abdullah


SEMUA hospital diarah menggunakan ubat Baricitinib bagi merawat pesakit Covid-19 sekali gus mencegah peningkatan risiko kesihatan ke kategori yang lebih kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ubat antiviral dan antiradang itu berupaya merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk.

"Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan kepada semua hospital untuk menggunakan ubat ini dan peruntukan untuk memperolehnya sudah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

"Kita mempercepatkan penggunaan ubat ini kerana yakin keberkesanannya dapat mencegah peningkatan risiko pesakit kepada kategori yang lebih teruk seperti dari kategori empat kepada lima," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 23 Julai 2021. - KitaReporters


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ubat anti viral dan anti radang itu berupaya merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk. Kredit Foto: Sinar Harian


 

0
0
0
0
0

Copy Link: