Berita Terkini| Palsukan sijil vaksin, tindakan tegas menanti! Longgar SOP bukan kesempatan!
Published byTangkap layar perkongsian pengguna Facebook berhubung penjualan sijil digital vaksinasi menerusi platform media sosial.
Individu atau mana-mana pihak yang dikesan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 termasuk mencetak sijil digital vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera bakal berdepan tindakan tegas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata peringatan
itu diberikan susulan kebimbangan orang ramai sekiranya sijil digital vaksinasi
dicetak dan dipalsukan dengan pelbagai cara oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Semua pihak tidak seharusnya mengambil kesempatan sebalik kelonggaran
prosedur operasi standard (SOP) diberikan kerajaan.
“Ramai
individu mulai bimbang jika ada golongan bersikap demikian dengan memalsukan
sijil digital lengkap vaksinasi bagi bolehkan mereka masuk ke dalam komuniti
yang dilonggarkan syarat SOP diumumkan sebelum ini,” katanya dipetik daripada laporan
Utusan Malaysia, 10 Ogos 2021.
Tambah
Noor Azmi, beliau yakin pihak MySejahtera akan pertingkatkan sistem keselamatan
aplikasi agar tiada pihak yang dapat mengubah sijil digital vaksinasi Cuma yang
dibimbangkan sekiranya sijil itu dicetak dan digubah. - KitaReporters