Berita Terkini| Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh! Parlimen lokaliti berisiko berlaku penularan!
Published byMESYUARAT Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Ogos 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Setiausaha Dewan
Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, pemakluman itu
dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan
Mesyuarat 11 (3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Penangguhan ini
adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko
semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan
terbaharu penularan jangkitan Covid-19.
“Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan wabak,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia Pada Sabtu, 31 Julai 2021.
Penangguhan itu dibuat
pada hari terakhir Dewan Rakyat bersidang secara khas selain Kerajaan Perikatan
Nasional (PN) berdepan tekanan untuk membentang dan membahaskan status
pembatalan Ordinan Darurat.
pada Jumaat, 29 Julai 2021 lalu,
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuatkan di
Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat sedangkan
pembatalan ordinan tersebut belum mendapat perkenan baginda. - KitaReporters