Berita Terkini| 2 anggota polis maut kemalangan! Motosikal bertembung ketika kejar mat rempit!
Published byKeadaan
motosikal ditunggang oleh anggota polis yang bertembung ketika kejar suspek lumba haram. - Kredit foto: FB Malaysiannews TV
DUA anggota polis maut selepas motosikal
ditunggang oleh mereka bertembung ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi
Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuh Raya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dari
arah Kajang menghala ke Putrajaya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Ogos 2021 itu, kedua-dua mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang iaitu Sarjan Mohd Arifah Md Yassin, 36, dan Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan Mohd Arifah bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) manakala rakannya, Mohd Muradzi di Cawangan Jenayah (D4).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ketika kejadian anggota berkenaan melakukan tugas mencegah mat rempit dalam Operasi Samseng Jalanan BSPT IPD Kajang.
“Terdahulu, kedua-dua mangsa masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z dan Yamaha RXZ mengejar suspek lumba haram dalam operasi itu.
"Bagaimanapun mereka terlibat kemalangan setelah bertembung sesama sendiri. Mangsa yang menunggang Yamaha 115Z dari arah Kajang bertembung dengan motosikal rakannya.
"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera parah pada bahagian muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2021.
Tambah
Mohd Zaid, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan
bedah siasat dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987 sedang dijalankan. -KitaReporters