Berita Terkini| Zaman Khan meninggal di IJN! Dimasukkan ke ICU HKL sejak Ogos selepas pengsan!
Published byBEKAS Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).
Zaman Khan, 78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi Sabtu, 11 September 2021 dan jenazah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat asar.
Terdahulu, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal bulan Ogos lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.
Beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada tahun 1993 dan bertanggungjawab dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) serta P Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 sebelum menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu MPM, Tun Mohamed Hanif Omar. - KitaReporters