Berita Terkini| Tiada arahan warga emas pulangkan lesen memandu! MOT tak mahu diskriminasi usia!
Published byGambar hiasan... Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan banyak faktor bukan kerana usia pemandu warga emas semata-mata. - Kredit foto: JBPM Perak
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau syarat individu berusia 70 tahun ke atas perlu mengembalikan lesen memandu mereka.
Menterinya,
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya juga tiada hasrat untuk mengehadkan
umur pemegang lesen memandu di negara ini serta tidak mahu bersifat
diskriminasi.
“Kita tidak
akan tarik balik atau hadkan syarat lesen memandu terhadap warga emas berusia
70 tahun dan ke atas. Tidak wujud
sebarang arahan mengenai perkara ini.
“Ini bukan
pendirian MOT dan kita tidak berhajat pun. Faktor usia bukan satu-satunya punca
berlakunya kemalangan jalan raya.
“Jadi kita
tidak boleh diskriminasi terhadap warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas.
Banyak lagi punca berlakunya kemalangan” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 28 September 2021.
Ujar beliau
lagi, berdasarkan statistik sebanyak 80 peratus daripada kemalangan disebabkan faktor manusia selain 13 peratus kerana
faktor kenderaan dan tujuh peratus berkaitan persekitaran. - KitaReporters