Berita Terkini| Khayal ambil dadah: 2 pegawai, 1 anggota polis didakwa! Mahkamah Majistret JB!
Published byTIGA daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan sedang khayal dipercayai mengambil dadah di sebuah pusat hiburan pada 6 Ogos 2021 lalu telah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Ketua Polis Johor,
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua pegawai dan seorang anggota polis
yang masing-masing berusia 29, 31, dan 32 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap
pertuduhan masing-masing, pada Isnin, 16 Ogos 2021.
"Kesemua mereka
didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa
hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika
sabit kesalahan," katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian pada Isnin, 16 Ogos 2021.
Sebelum ini media
melaporkan enam penjawat awam antara 68 individu ditahan ketika sedang khayal
disyaki mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di sekitar bandar raya Johor Bahru.
Dalam serbuan pada jam
1.30 pagi, 6 Ogos 2021 lalu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai
RM151,765.
Ketika ditahan, keenam-enam penjawat awam itu sedang berhibur, mengambil dadah dan minum minuman keras. - KitaReporters
Sebahagian pengunjung pusat hiburan yang ditahan oleh polis. - Kredit foto: Utusan Malaysia