Gambar hiasan... Rentas negeri antara kelonggaran SOP bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat ini. - Kredit foto: FB Polis Daerah Gombak 


KERAJAAN bakal memberikan lebih banyak kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kelonggaran berkaitan akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan ada beberapa cadangan dikemukakan. Perkara ini akan kita bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Rakyat diharapkan bersabar dan beri sedikit masa untuk kerajaan buat keputusan sewajarnya berhubung perkara ini (kelonggaran SOP).

“Ada harapan (rentas negeri) tetapi diminta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang masih nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada 3 September 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan semua negeri dijangkakan capai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi pada akhir September 2021. KitaReporters


15
4
0
8
0

Copy Link: