Gambar hiasan...  Penangguhan bayaran pinjaman PTPTN tanda keperihatinan kerajaan kerana individu terkesan akibat Covid-19. - Kredit foto: NSTP


Lebih 26,000 permohonan penangguhan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diluluskan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu dijangka terus meningkat memandangkan proses pemberian kelulusan penangguhan bayaran dan menerima permohonan baharu masih berjalan ketika ini.

"Setakat ini kita telah meluluskan lebih 26,000 permohonan dan masih lagi menerima (permohonan). Semua ini, tanda keprihatinan kerajaan dan PTPTN terhadap mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19,

“Kita berharap pemberian moratorium bersasar kepada peminjam selama tiga bulan ini dapat ringankan beban mereka. PTPTN juga hargai peminjam yang kekal membuat bayaran balik walaupun diberi moratorium.

“Mereka ini tidak menyalahgunakan  kemudahan diberikan berikutan moratorium adalah untuk mereka yang benar-benar terkesan," katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada 22 Julai 2021.

Tambah beliau lagi, mana-mana peminjam yang terkesan atau tidak mampu membuat bayaran balik selepas tamat tempoh tiga bulan ini juga boleh tampil memaklumkan perkara itu kepada PTPTN. KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: