Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, semasa serbuan kesemua wanita itu melarikan diri di dalam premis berkenaan. - Kredit foto: utusanborneo.com


SERAMAI lapan wanita disyaki pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam serbuan berasingan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur pada awal Sabtu, 17 Julai 2021.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, polis turut menahan tujuh lelaki termasuk dua pelanggan.

Semasa serbuan kesemua wanita warga Vietnam melarikan diri masuk ke dalam bilik di premis berkenaan selepas menyedari kehadiran polis, namun tindakan panik itu gagal menyebabkan mereka dicekup.

"Polis turut merampas satu unit digital matrix processors, satu unit karaoke profesional digital audio, satu speaker, sebuah pemprosesan komputer (CPU), dua microphone dan tujuh keping kondom.

"Hasil ujian urin ke atas kesemua individu berusia 19 hingga 57 tahun itu mendapati seorang lelaki yang juga pekerja dan lima wanita positif dadah jenis methamphetamine," katanya seperti dipetik oleh  Sinar Harian, Sabtu, 17 Julai 2021.

Nasri berkata, kesemua individu itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55 B, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(b) Akta Imigresen dan Seksyen 22 (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 1988 (Akta 342)," katanya. - KitaReporters


 

 

1
0
0
0
0

Copy Link: