Berita Terkini| Virus Delta boleh tumbuh dalam hidung individu divaksin! Risiko jadi penyebar!
Published byGambar hiasan... Varian Delta tetap boleh tumbuh di dalam hidung individu yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19. - Kredit foto: GMA News
KAJIAN baharu
terhadap varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati ia tetap boleh tumbuh di
dalam hidung individu yang telah divaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.
“Kajian terhadap satu jangkitan mendapati varian Delta boleh tumbuh di dalam hidung seseorang yang telah pun divaksinasi seolah-olah individu tersebut belum divaksin. Virus yang tumbuh itu, sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi.
“Keadaan ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan sekali gus menjangkiti orang lain.
“Varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dengan jangkitan melalui udara,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 21 Ogos 2021.
Beliau berkata, tempoh itu adalah lebih singkat dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus dalam masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini juga beberapa kajian dijalankan di hospital di India; Provincetown, Massachusetts; dan Finland turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Varian
Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di
Maharashtra, barat India pada Oktober 2020. - KitaReporters