MESYUARAT Kabinet yang pertama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan pada hari ini, Rabu, 1 September 2021.

Bagaimanapun, mesyuarat itu dijalankan secara dalam talian (online) kerana Ismail Sabri masih menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas didapati ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah berkaitan peralihan kawasan Lembah Klang ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang kini telah mencapai kadar vaksinasi melebihi 80 peratus.

Justeru, rakyat amat menunggu kebijaksanaan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan baharu ini.

Segala intipati atau sebarang keputusan dalam mesyuarat pertama Kabinet itu tentunya menjadi fokus rakyat yang mengharapkan akan ada perubahan baik melalui perbincangan tersebut terutama berkaitan usaha mengatasi penularan Covid-19. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: