Berita Terkini| PPV di Lembah Klang ditutup beransur-ansur! Kadar vaksinasi hampir capai sasaran

Published by
KitaReporters


BEBERAPA Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan mula ditutup secara berperingkat-peringkat berikutan kadar vaksinasi telah menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan serta Kementerian kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengamal perubatan swasta kini sedang mempersiapkan keperluan vaksinasi untuk masa depan.

"ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta sudah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi di Selangor dan Lembah Klang.

"Berikutan itu, kita akan menutup PPV ini secara beransur-ansur dan pengamal perubatan swasta akan mempersiapkan keperluan vaksinasi Covid-19 pada masa depan," katanya seperti dipetik Twitter miliknya, pada Ahad, 22 Ogos 2021.

Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi pada masa depan adalah seperti memberikan suntikan vaksin kepada pendaftar baharu MySejahtera yang layak, individu berusia 12 hingga 17 tahun serta suntikan penggalak vaksin Covid-19. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: