Gambar hiasan... Pembukaan sekolah memandu membantu kurangkan impak ekonomi pemain sektor berkenaan akibat Covid-19. - Kredit foto: Institut memandu Detik Erat


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan cadangan membenarkan sekolah memandu di negeri itu  beroperasi pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata kebenaran itu hanya melibatkan sekolah-sekolah memandu dalam zon Utara dan Tengah, manakala zon Selatan merangkumi Kuching, Serian dan Samarahan ditangguhkan kerana peningkatan kes Covid-19.

“Pembukaan sekolah memandu membantu kurangkan impak ekonomi pandemik Covid-19 terhadap kehidupan  pihak berkepentingan yang terlibat dan punyai hubung kait dengannya.

“JPBNS memberi kelulusan susulan cadangan dikemukakan kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak pengurusan dan semua pihak berkaitan.

“Antara syaratnya, semua operator sekolah memandu dan pekerja perlu lengkap dua dos vaksinasi Covid-19, manakala pelajar harus sekurang-kurangnya telah terima satu dos suntikan vaksin sebelum diterima oleh sekolah memandu,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 19 Ogos 2021.

Tambah beliau, selepas 31 Ogos 2021 adalah wajib bagi semua pelajar lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan setiap pelajar perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi atau kad vaksinasi sebagai bukti. -KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: