Berita Terkini| MPS beri penangguhan bayaran cukai taksiran! Ringankan beban rakyat terkesan!

Published by
KitaReporters


SEBANYAK 288,190 pemegang harta di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mendapat penangguhan pembayaran cukai taksiran bagi penggal 2/2021 hingga 15 Oktober 2021 ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, berkata langkah itu diambil bagi meringankan beban rakyat di daerah ini selepas terkesan dengan penularan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Denda lewat pembayaran cukai taksiran berjumlah RM20 bagi semua akaun yang tertunggak hanya akan mula dikenakan selepas 15 Oktober.

"MBS amat menghargai komitmen dan usaha rakyat untuk tetap menjelaskan cukai taksiran mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dan mencetak bil melalui portal rasmi MBS di www.mbs.gov.my atau http://esemak.mbs.gov.my/webquery/etaksir/ selain membuat pembayaran melalui kaunter pandu lalu di Pejabat Utama MBS dan Cawangan MBS Nilai," katanya seperti dipetik Berita Harian, Sabtu, 11 September 2021. - KitaReporters


12
12
0
11
0

Copy Link: