Berita Terkini| 65 kluster Covid-19 masih aktif di NS! Industri Senawang kumulatif tertinggi!
Published byPetugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk. - Kredit foto: FB Pejabat Kesihatan Kuala Pilah
NEGERI Sembilan merekodkan sebanyak 65 kluster Covid-19 yang masih belum diisytiharkan tamat sehingga kini yang melibatkan 50 kluster tempatan dan 15 kluster import.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata tiga kluster catatkan kes kemulatif tertinggi ialah Industri Senawang dengan 2,133 kes; Industri Lorong Senawang Empat (886) dan Pedas 2 sebanyak 636 kumulatif kes.
“Bagaimanapun sehingga 9 Ogos 2021, terdapat penambahan kes positif Covid-19 melibatkan sembilan kluster. Antaranya Industri Jalan Senawang Tiga, Industri Ringan Mantin, Pasar Besar Seremban, Industri Lengkok Emas Nilai serta Industri Chembong.
“Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri tersebut sebanyak 79,992 kes
dengan 71,109 kes telah sembuh, 8,064 kes masih menerima rawatan di wad dan 819
kes telah meninggal dunia.
“Selain itu, jumlah kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan
Risiko Daerah iaitu jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir
merekodkan 12,603 kes aktif,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 10 Ogos
2021.
Tambah beliau, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. - KitaReporters