Berita Terkini| Tak boleh rakam gambar, video suntik vaksin! Tapi boleh minta tunjuk picagari!
Published byKERAJAAN tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai merakam gambar atau video ketika disuntik di pusat penerimaan pemberian vaksin (PPV)
BAGI memastikan kelancaran proses vaksinasi, kerajaan tidak membenarkan penerima vaksin merakam gambar dan video sepanjang proses pemberian vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, penerima vaksin bagaimanapun boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas proses suntikan.
"Maaf,
kerajaan tak dapat memenuhi permintaan orang ramai merakam gambar atau video
ketika disuntik di pusat pemberian vaksin (PPV).
"Perbuatan
itu dikhuatiri mengganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV. Namun penerima
vaksin boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas suntikan
dilakukan," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 23 Julai 2021.
Beliau
mengulas gesaan beberapa pihak supaya orang ramai dibenarkan merakamkan gambar
atau video ketika proses suntikan vaksin Covid-19.
Mengulas
lanjut, Ahmad Amzad berkata, MOSTI sudah mengarahkan petugas di PPV menunjukkan
picagari kepada penerima sebelum dan selepas suntikan.
Tegas beliau,
langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima yang picagari digunakan
mengandungi cecair vaksin Covid-19. -
KitaReporters