Berita Terkini| 38 lagi jenazah Covid-19 diurus HTAR! Babitkan jenazah Islam dan bukan Islam!
Published byHTAR mendapat bekerjasama dengan JAIS dan APM bagi menguruskan proses pengebumian 38 pesakit Covid-19
HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berjaya menguruskan 38 lagi jenazah pesakit Covid-19 yang membabitkan jenazah beragama Islam dan bukan Islam, pada Khamis, 22 Julai 2021.
Pengarah
HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bagi urusan
pengebumian 12 jenazah beragama Islam.
"Alhamdulillah,
pasukan kami menerima satu lagi bantuan iaitu APM bagi memantapkan urusan Ops
Bersepadu hari ini, selain kolaborasi bersama JAIS.
'Kerjasama
ini adalah penting dalam usaha menyelesaikan fardu kifayah bagi jenazah Covid-19
di HTAR supaya ia berjalan lancar dan sejumlah 10 jenazah selamat diuruskan dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang manakala dua jenazah lagi
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam," katanya seperti
dipetik oleh Berita Harian pada
Jumaat, 23 Julai 2021.
Dr. Zulkarnain berkata, selain yang dikebumikan menerusi Ops Bersepadu, baki jenazah berkenaan diuruskan oleh waris sendiri iaitu dalam kalangan bukan Islam dan beragama Islam. - KitaReporters
PETUGAS menghantar jenazah pesakit Covid-19 ke bilik penyimpanan mayat di kontena Forensik HTAR. Kredit Foto: Utusan Malaysia