Pesawat Raya Airways TH384 yang membawa sejuta dos vaksin Pfizer BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 8.10 pagi tadi. - Kredit Foto: Twitter U.S Embassy KL


SEJUTA dos vaksin jenis Pfizer selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kira-kira 8.12 pagi ini, Isnin, 5 Julai 2021.

Vaksin sumbangan Amerika Syarikat (AS) itu dibawa menaiki pesawat Raya Airways TH 384.

Menyambut bersama ketibaan vaksin berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Terdahulu, Hishammuddin dilaporkan berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

Hishammuddin menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ahad, 4 Julai 2021 berkata, Malaysia amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set peralatan perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

"Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat setakat ini dan berharap hubungan yang erat serta mesra antara kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama," katanya. - KitaReporters


SUMBANGAN vaksin jenis Pfizer itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK. - Kredit foto: Reuters 

0
1
0
0
0

Copy Link: