Berita Terkini| Perlis benarkan solat raya di tanah lapang! Juga aktiviti agama mulai 13 Julai!
Published byRAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko Covid-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup. - Kredit foto: Sinar Harian
PERLIS muncul menjadi negeri pertama membenarkan solat sunat raya Aidiladha pada 20 Julai 2021 ini dan dilaksanakan di tanah lapang.
Raja Muda
Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selaras dengan sunah
selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dibandingkan solat
yang ditunaikan di tempat tertutup.
“Solat akan
dilaksana pada jam 8 pagi di tanah lapang pekarangan masjid dan bilangan jemaah
yang dibenarkan bergantung kepada kapasiti luas kawasan tersebut,” titah
baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Perlis (MAIPs) di Arau pada
Ahad, 11 Julai 2021.
Tuanku Syed
Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi penyertaan yang optimum,
solat boleh dilakukan secara dua sesi iaitu pada 8 pagi bagi sesi pertama dan
jam 9 pagi bagi sesi kedua.
Tuanku Syed
Faizuddin bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan
lebat, solat boleh dilakukan di dalam masjid mengikut saiz masjid.
“Semua
jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan,” titah baginda.
Sementara itu, baginda bertitah, SOP penjarakan fizikal bagi solat fardu dikurangkan kepada 1.5 meter dan aktiviti pengajian serta kuliah agama dibenarkan bermula 13 Julai 2021. - KitaReporters
SEMUA jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan. - Kredit foto: Sinar Harian