Berita Terkini| Polis berpangkat ASP ditahan SPRM! Didakwa minta RM200k daripada pengedar dadah!
Published byPEGAWAI polis berpangkat ASP dan berusia 48 tahun ditahan selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM200,000.
SEORANG pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) di Kota Bharu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan pegawai itu meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.
Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan
selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan kira-kira jam 10 pagi
Khamis, 8 Julai 2021.
Sehubungan itu, SPRM mendapat perintah tahan reman selama empat hari yang
dikeluarkan oleh Majistret Rozaidi Yaacob di Mahkamah Majistret Kota Bharu 2.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek dipercayai meminta suapan itu sejak tiga
bulan lalu untuk melepaskan kes berkaitan dadah.
"Pegawai polis itu dikatakan diberi wang sebanyak RM100,000 baru-baru ini. SPRM masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi individu terbabit," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Jumaat, 9 Julai 2021.
Tangkapan berkenaan membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - KitaReporters
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, tangkapan berkenaan membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini. Kredit Foto: freemalaysiatoday.com