Berita Terkini| Permohonan moratorium bermula 7 Julai! Lulus automatik! Tiada dokumen diperlukan!

Published by
KitaReporters

GAMBAR HIASAN... selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej-pakej lain. 


Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, peminjam tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau pakej-pakej lain bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan kerana kelulusan akan diberikan secara automatik.

“Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam,” kata BNM dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 7 Julai 2021.

Peminjam juga perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Menurut BNM, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada 2021.

Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

 “Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital ini, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium.

Peminjam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program bantuan bayaran balik pinjaman ini dengan melayari bnm.gov.my/RA dan platform media sosial BNM. - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: