Gambar hiasan… UPKK ditangguhkan selepas mengambil kira situasi semasa kes Covid-19 di negara ini. - Kredit foto: JAKIM


UJIAN Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 secara serentak yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober 2021 ini ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 15 hingga 18 November 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata penangguhan itu selepas mengambil kira situasi perkembangan semasa kes Covid-19 di negara ini ketika ini.

“Keputusan penangguhan ini selepas kita mendengar ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MIKN).

“Penangguhan ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid lebih terjamin selain membolehkan pusat peperiksaan terlibat dapat melakukan persiapan sebaik mungkin,” katanya dipetik laporan Berita Harian bertarikh 7 September 2021.

Tambah beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama semua agensi turut menyediakan pelan tindakan demi memastikan UPKK dapat dilaksanakan serta berjalan lancar.

Katanya lagi, pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga dibuat mengikut ketetapan KPM. KitaReporters


10
8
0
12
0

Copy Link: