Berita Terkini| Pelajar tingkatan 5 pinjam duit ah long! Judi dalam talian, belanja bercinta!
Published byGambar hiasan... Kebanyakan peminjam yang terjerat dengan pinjaman ah long tidak ketahui maklumat lanjut mengenai kadar faedah ditetapkan. Kredit foto: mStar.com.my
Pelajar
tingkatan lima di Kelantan antara individu yang meminjam wang daripada ah long
bagi digunakan untuk berjudi secara dalam talian serta penuhi tuntutan pasangan
ketika bercinta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Persatuan
Pengguna Islam Kelantan (PPIK), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani
berdasarkan aduan diterima oleh pihaknya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) penuh.
“Sehingga kini PPIK telah terima 280 aduan
berkaitan individu yang tidak dapat bayar pinjaman ah long di negeri ini. Jumlah itu dikira berdasarkan purata, 10
aduan daripada peminjam diterima pihak kami setiap hari.
“Berdasarkan aduan, peminjam terutamanya
golongan muda terpaksa meminjam ah long ekoran masalah kewangan dihadapi mereka.
Selain desakan hidup, ada yang gunakannya untuk sertai judi dalam talian.
“Terbaharu, kita terima aduan daripada dua
orang pelajar tingkatan lima yang meminjam wang daripada enam orang ah long semata-mata
kerana ingin berjudi dalam talian dan bagi penuhi tuntutan pasangan ketika
bercinta,” katanya dipetik laporan Kosmo, 4 Julai 2021.
Tambah beliau, daripada jumlah pinjaman RM1,000 mereka
kini berhutang hampir RM30,000 dengan ah long termasuk kadar faedah dan keadaan
itu menyebabkan seluruh keluarga turut diburu oleh ah long ketika ini.
Ujarnya Mohd Fared lagi, kebanyakan peminjam
yang terjerat dengan pinjaman ah long tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai
kadar faedah ditetapkan. - KitaReporters