GAMBAR hiasan... ANGGOTA PGA melakukan rondaan di sempadan negara bagi memperketatkan kawalan di sempadan negara. 


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan sekurang-kurangnya satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak untuk tingkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan di negeri itu berikutan Kalimantan bakal menempatkan ibu negara baharu Indonesia.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, batalion berkenaan berkemungkinan ditempatkan di Kapit, Sarawak memandangkan berhampiran dengan Kalimantan.

“Batalion yang baharu diperlukan di Kapit memandangkan keluasannya yang besar dan tidak memadai jika hanya satu kompeni ditempatkan di kawasan itu melakukan kawalan keselamatan.

“Kami sedia maklum tentang Kalimantan akan dijadikan sebagai ibu negara Indonesia yang baharu dan pembangunannya sangat cepat,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, Ahad, 22 Ogos 2021.

Laluan tidak sah atau lorong-lorong tikus juga ada banyak di kawasan itu dan terdapat keperluan menempatkan batalion baharu di sana.

Beliau berkata, dikhuatiri kegiatan penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin akan meningkat dan semakin serius sekiranya tidak dilakukan apa-apa perubahan di sana. - KitaReporters


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, batalion berkenaan berkemungkinan ditempatkan di Kapit, Sarawak memandangkan berhampiran dengan Kalimantan. - Kredit Foto Sinar Harian

0
0
0
0
0

Copy Link: