Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan tiada tindakan dikenakan kepada kumpulan doktor kontrak yang menyertai protes aman di beberapa hospital baru-baru ini. - Kredit foto: Sinar Harian


TIADA tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di beberapa hospital kerajaan seluruh negara pada Isnin, 26 Julai 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan terhadap perkara sedemikian ketika menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen berhubung kebajikan doktor kontrak, pada sesi pergulungan Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa, 27 Julai 2021.

"Kita tidak akan ambil tindakan disiplin terhadap doktor kontrak yang adakan hartal," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Pada sesi sama, penjelasan Dr Adham berhubung langkah interim kerajaan memberi lanjutan kontrak bagi doktor kontrak selama dua tahun menerima kritikan beberapa Ahli Parlimen.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mendesak agar lanjutan dibuat untuk tempoh lapan tahun.

Bagaimanapun Dr Adham berkata, ia adalah langkah interim dan memohon agar Dewan Rakyat memberi sokongan agar pihaknya dapat membawa tuntutan tersebut dalam tempoh dua tahun ini ke Parlimen.

Pada Isnin 26 Julai 2021, beberapa kumpulan doktor kontrak terlibat dalam protes aman serentak di beberapa hospital awam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap layanan kerajaan berhubung masa depan kerjaya mereka. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0

Copy Link: