SUSPEK yang masing-masing berusia 31 dan 37 tahun itu ditahan oleh anggota polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam tugas rondaan di tepi jalan kawasan Bukit Malut di Langkawi pada 28 Julai 2021.


DUA lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan oleh polis ketika cuba menjual dadah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bukit Malut di Langkawi pada Rabu, 28 Julai 2021 lalu.

Suspek yang masing-masing berusia 31 dan 37 tahun itu ditahan oleh anggota polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam tugas rondaan di tepi jalan kawasan Bukit Malut itu pada jam 9.40 malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, sebelum itu, dua lelaki terbabit dikesan cuba meloloskan diri masuk ke kawasan PKPD.

"Hasil pemeriksaan menemukan tiga paket plastik lut sinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 3.71 gram, selain satu paket plastik lut sinar dan tiga tiub straw berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 4.8 gram," katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Sabtu, 31 Julai 2021.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 37 tahun itu juga positif dadah jenis morfin, manakala rakannya negatif dan tiada rekod lampau.

"Kedua-dua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. - KitaReporters


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kedua suspek yang bekerja sebagai nelayan itu pernah dikesan cubaan memasuki kawasan PKPD sebelum ini. Kredit Foto: Melaka Hari Ini


 

0
0
0
0
0

Copy Link: