Gambar hiasan... Peratusan pesakit Covid-19 di Selangor bagi kategori 5 dan 4 rekodkan penurunan pada Ogos 2021. Kredit foto: FB Noor Hisham Abdullah


Jumlah peratusan pesakit Covid-19 bagi kategori 4 dan 5 di Selangor secara keseluruhannya menunjukkan penurunan pada Ogos 2021 berbanding kategori 1 hingga 3.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kadar penggunaan katil (BOR) pesakit juga menunjukkan penurunan sebanyak 35 peratus dalam tempoh masa 28 hari pada bulan Ogos.

"Bagi kategori 5, kira-kira 8.5 peratus pada Ogos, manakala pesakit dalam kategori 4 menunjukkan penurunan drastik. Pengurangan sebanyak 23%, iaitu dari 49.2 peratus pada 1 Ogos kepada 26.6 peratus pada 27 Ogos 2021.

"Bagaimanapun, bagi tempoh sama kategori 3 menunjukkan peningkatan sebanyak 15.9%, begitu juga dengan pesakit kategori dua dan 1 dengan masing-masing meningkat 5.7% serta 1.1%,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro bertarikh 29 Ogos 2021.

Mengulas perkembangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang sedang dirawat menunjukkan penurunan sebanyak 46.6 peratus dari 1 Ogos hingga 20 Ogos 2021. KitaReporters


0
0
0
0
1

Copy Link: