Gambar hiasan… Jualan ikan segar secara dalam talian mampu meningkatkan pendapatan komuniti nelayan. Kredit foto: Antaranews.com 


JUALAN ikan segar secara dalam talian di seluruh negara akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) bermula awal tahun 2022.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata tempoh percubaan jualan bakal dimulakan terlebih dahulu  pada hujung tahun 2021 ini sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kita mempunyai sebanyak 87 PNK seluruh negara, mana-mana PNK yang mempunyai kemampuan dari aspek stok bekalan ikan segar dan sejuk beku, kita akan laksanakan jualan terus dalam talian ini.

“Pendekatan ini bukan sekadar bertujuan bagi meningkatkan hasil pendapatan nelayan tetapi juga mengelakkan orang tengah. Platform dalam talian adalah kaedah perniagaan yang perlu diceburi komuniti nelayan dan keluarga.

“Inisiatif jualan ikan segar secara dalam talian ini dimulakan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) pada tahun 2019 dan sememangnya telah memberikan impak positif,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 2 Oktober 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku khususnya di kawasan bandar meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - KitaReporters


12
6
0
14
0

Copy Link: