Berita Terkini| Uncle Kentang kecewa dituduh buka aib ‘Puan Sri’! Gara-gara bagi bakul makanan!
Published byUncle Kentang seorang aktivis masyarakat yang membantu tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama. - Kredit foto: FB Sempoi Media
AKTIVIS masyarakat, Uncle Kentang terkilan apabila dituduh cuba mengaibkan seorang ‘Puan Sri’ hanya kerana menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di sebuah kawasan program perumahan rakyat (PPR) di Selangor.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkata tindakan dilakukannya itu sekadar ingin membantu orang susah dan bukannya ingin membuka aib mana-mana individua atau pihak.
“Saya tidak sangka dituduh demikian, ‘Puan Sri’ yang merupakan ahli jawatankuasa PPR tersebut mengatakan saya sengaja hebahkan mengenai orang susah di kawasan jagaannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Tidak dinafikan wanita tersebut serta AJK yang lain telah buat yang terbaik dalam usaha bantu golongan memerlukan dan saya juga terpanggil untuk lakukan hal sama iaitu bantu mereka yang susah.
“Apabila orang di kawasan beliau ada minta bantuan , wanita
itu rasa tercabar lalu terus menuduh saya cuba mengaibkannya,” katanya yang
dipetik laporan Kosmo pada 10 Julai 2021. - KitaReporters