Berita Terkini| Kes harian Covid-19 stabil dalam seminggu dua! Proses vaksin giat dilaksanakan!
Published byLONJAKAN kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD. - Kredit foto: Sinar Harian
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, akan stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi proses
vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam
masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan
semula keluk jangkitan wabak itu.
Lonjakan
kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan
bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang
dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.
“KKM sudah
jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian
akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.
“Namun,
saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat
jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau
dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya
seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 11 Julai 2021.
Dr Noor Hisham berkata, mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu. - KitaReporters