KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, siasatan pihaknya mendapati lelaki itu telah nekad terjun ke dalam laut dari Tanjung City Marina dan cuba berenang menuju ke Seberang Perai. - Kredit Foto: Utusan Malaysia


GARA-GARA berang tidak mendapat surat kebenaran merentas daerah seorang pemuda nekad berenang merentasi Selat Pulau Pinang untuk ke Seberang Perai pada Isnin, 12 Julai 2021 lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, siasatan pihaknya mendapati lelaki itu telah nekad terjun ke dalam laut dari Tanjung City Marina dan cuba berenang menuju ke Seberang Perai sejauh tiga kilometer.

“Namun, dipercayai akibat kepenatan, dia telah berpatah balik menghala ke tempat pejalan kaki jeti feri sebelum berjaya diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd.

“Lelaki itu memberitahu dia nekad berenang untuk berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah daripada pihak polis kerana tiada alasan munasabah,” katanya seperti dipetik oleh Astro Awani Khamis, 15 Julai 2021.

Soffian berkata, semasa diselamatkan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki yang tidak bekerja itu dan hanya menyatakan butiran peribadi secara lisan.

 “Dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan pemeriksaan doktor mendapati lelaki itu mengalami cedera patah tangan kanan,” katanya. - KitaReporters


0
1
1
0
0

Copy Link: