KEDIAMAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat pada hari ini, Khamis, 29 Julai 2021.

Petugas media dilihat mula 'berkampung' di rumah Perdana Menteri yang terletak di Bukit Damansara di Kuala Lumpur, sejak 1 tengah hari.

Memetik laporan Bernama, beberapa kenderaan rasmi dipercayai membawa seorang menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri itu pada pukul 1.15 petang.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Tuanku.

Seri Paduka berkata bagind turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. - KitaReporters

SEBUAH kenderaan rasmi dipercayai membawa seorang menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara. - Kredit foto: Kosmo

1
0
1
0
0

Copy Link: